Wednesday, 9 December 2015

Kaedah Penyelesaian Masalah
Dalam kehidupan, manusia sebagai hamba Allah menghadapi dalam berbagai bentuk dan rupa yang memerlukan penyelesaian. Ada masalah boleh diselesaikan dengan menggunakan cara fikiran logik, ada yang memrlukan penyelesaian secara agama, ada yang memerlukan penyelesaian secara perasaan dan ada yang memerlukan penyelesaian secara kreatif.

Sifat Penyelesaian Masalah
        i.            Motivasi yang kuat
-          Penyelesai masalah yang berkebolehan akan mengatasi semua kesukaran dengan tenaga yang ada pada diri mereka. Mereka bersikap positif dan tidak mudah mengalah dengan semua kesukaran. Mereka akan cuba mengatasi kesukaran dan cuba untuk mengatasi segala halangan daan menunjukkan kebolehan untuk menyelesaikan masalah yang dianggap sukar oleh orang lain
      ii.            Trait yang positif
-          Sifat-sifat peribadi penyelesai masalah adalah mempunyai emosi yang stabil untuk membolehkannya menyelesai masalah secara objektif. Tetapi trait yang tidak kurang penting ialah kebolehan untuk menerima pertolongan daripada orang lain.
    iii.            Jati diri
-          Seorang yang berkebolehan tetapi sedar tentang kekurangan dan batasan yang akan dihadapi. Penyelesai masalah mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi dan dapat menguasai situasi yang mungkin timbul. Mereka berfikiran positif dan yakin bahawa mereka boleh menyelesaikan masalah.
    iv.            Membina kemahiran
-          Kemahiran penyelesaian masalah boleh dipelajari melalui kursus-kursus pengurusan masalah yang pendek atau menghadiri bengkel-bengkel pengurusan masalah. Ada beberapa model penyelesaian masalah yang dikemukakan; ada model penyelesaian masalah yang menggunakan 6 langkah (Chang dan Kelly, 1993) dan ada model penyelesaian masalah yang menggunakan 8 langkah (Francis, 1990).

Kategori Masalah
        i.            Misteri
-          Satu situasi yang menyeleweng daripada keadaan yang biasa berlaku atau yang diharapkan. Penyelewengan ini tidak diberi satu penjelasan yang nyata tentang terjadinya sesuatu peristiwa atau kejadian. Kita tidak dapat menerangkan dengan menggunakan akal fikiran untuk mencari sebab tentang berlakunya seuatu peristiwa.
      ii.            Tugasan (Assignment)
-          Kerja yang ditugaskan untuk dilakukan oleh seseorang dengan jelas memperincikan kriteria-kriteria yang perlu dimasukkan berserta dengan objektif pencapaian ialah tugasan.
    iii.            Kesukaran (Difficulties)
-          Ada perkara yang sukar untuk mencapai kejayaan. Kadang-kadang kita tahu apa yang hendak dilakukan tetapi pelaksanaannya adalah rumit, mencabar dan kompleks. Kesukaran wujud kerana 2 sebab iaitu sama ada kita tidak tahu menguruskan situasi atau kita rasakan sumber-sumber yang ada tidak mencukupi.
    iv.            Peluang (Opportunity)
-          Perkara yang paling penting tentang peluang ialah ia akan membawa keuntungan. Usaha harus ditumpukan untuk menerbitkan peluang sebab kebanyakan peluang yang ada adalah hasil daripada usaha kita yang menerbitkannya. Apabila melihat peluang, kita hendak ambil kesempatan untuk mengeksploitnya supaya mendatangkan keuntungan.
      v.            Tidak Pasti (Puzzles)
-          Terdapat beberapa situasi kita tahu bahawa ada jawapan atau jalan penyelesaian kepada masalah tertentu tetapi kita tidak tahu mana jawapan yang betul. Untuk menyelesaikan “puzzles” kita perlu mengkaji segala kekaburan dan keadaan yang kompleks untuk mencari jawapan yang betul.
    vi.            Dilema
-          Situasi yang amat sukar untuk mencari jalan penyelesaian dan menentukan cara yang terbaik untuk melakukannya. Walaupun mempunyai maklumat yang cukup, namun tidak dapat dipastikan bahawa keputusan yang dibuat itu betul. Perkara yang penting dalam dilema ialah terdapat 2 kaedah yang boleh dilaksanakan dan kedua-dua kaedah tersebut kelihatan betul dan tepat.

MODEL PENYELESAIAN MASALAH SECARA SAINTIFIK DAN LOGIK
1.      Mendefinisikan masalah
-          Mula-mula kita akan bertanya apakah dia perkara yang kini lari dari kebiasaan? Apakah aspek kebiasaan itu kini sudah berubah? Adakah kesan yang timbul itu positif atau negatif? Adakah dia perlu diubah? Jika kita hendak menyelesaikan masalah yang ada, apakah hasil yang kita inginkan?
2.      Mengkelaskan masalah
-          Cara mengkelaskan masalah ialah berdasarkan tinggi atau rendahnya risiko yang ada pada tiap-tiap masalah. Selepas mengenal pasti risiko tiap-tiap masalah itu, kita selesaikan dahulu masalah yang paling tinggi risikonya.
3.      Tentukan objektif
-          Menentukan objektif dalam penyelesaian masalah adalah penting sebab ia akan menentukan apa yang diingini daripada aktiviti-aktiviti yang hendak dilaksanakan. Objektif yang hendak dicapai biarlah jelas, mudah difahami dan praktikal.
4.      Tentukan ukuran kejayaan
-          Menentukan standard atau piawai yang akan menjadi pengukuran tentang kejayaan dalam penyelesaian masalah. Sekiranya tidak ada ukuran kejayaan bagaimanakah kita hendak menilai kejayaan di dalam penyelesaian masalah.
5.      Kutipan data
-          Proses pengumpulan data atau maklumat yang berkaitan dengan masalah perlu dilakukan. Semua faktor yang menjadi punca kepada masalah yang sedang diselesaikan perlulah dikumpul.
6.      Membuat keputusan
-          Setelah membina beberapa opsyen berdasarkan kepada maklumat yang dikumpul, langkah seterusnya ialah membuat keputusan untuk memilih opsyen yang paling tepat untuk dilaksanakan.
7.      Melaksanakan keputusan yang diambil
-          Melaksanakan keputusan adalah mudah sebab semua proses tindakan telah pun dihuraikan di dalam opsyen yang perlu dilaksanakan. Ada beberapa perkara yang harus diambil kira semasa melaksanakan keputusan seperti keyakinan, kesungguhan, kemahiran, ketepatan, penyesuaian, objektiviti dan kebolehan bekerja dalam kumpulan.
8.      Penilaian(Review)
-          Adalah penting kerana dapat memberi gambaran tentang keberkesanan tindakan penyelesaian masalah yang telah diambil. Perlu dikenal pasti langkah-langkah yang manakah dapat dilaksanakan dengan baik atau sebaliknya.

Penyelesaian Masalah Secara Saintifik
-          Menyelesaikan masalah secara saintifik melibatkan proses empirikal induktif seperti berikut:
o   Mengadakan hipotesis
§  Hipotesis atau anggapan yang dibuat perlu diuji dan dibuktikan sama ada betul atau salah.
o   Mengumpul maklumat
§  Peringkat inilah membezakan kaedah saintifik dengan kaedah-kaedah tidak saintifik. Bagi kaedah yang tidak saintifik, setiap hipotesis atau assumption akan dianggap benar sahaja tanpa perlu mengadakan bukti dan maklumat untuk mengesahkan kebenarannya.
o   Membuat kesimpulan
§  Setelah mengumpul maklumat yang mencukupi, barulah sampai kepada membuat kesimpulan atau keputusan. Selagi tidak ada bukti, atau bukti tidak mencukupi maka tidak boleh menjatuhkan sesuatu kesimpulan.

Penyelesaian Masalah Secara Kreatif / Lateral
-          Beberapa faktor yang menyebabkan kita tidak dapat mencari penyelesaian kreatif pada masalah yang kita hadapi. Pertama, kita terlalu mempermudahkan masalah itu. Kedua, kita tidak mahu melihat lebih jauh disebalik apa yang ada di depan mata kita. Dan ketiga, kita tidak menyoal semula andaian yang kita gunakan. Untuk melakukan ketiga-tiga perkara di atas kita perlu mencari cara-cara baru untuk mentafsir dan mentafsir semula situasi dan masalah yang kita hadapi.

Penyelesaian Masalah Melalui Perasaan
-          Dengan kelemahan malah kegagalan kaedah menyelesaikan masalah melalui pemikiran tersebut, maka timbullah kecenderungan baru ke arah kaedah menyelesaikan masalah melalui emosi atau perasaan pula.

Penyelesaian Secara Islam
-          Pada hakikatnya penyelesaian masalah secara Islam (al-Halli al-Ilami) mempunyai dua corak yang popular, iaitu pendekatan hokum dan pendekatan sufi. Walaupun kedua-dua pendekatan ini kelihatan terpisah dan berdiri sendiri, namun ia sebenarnya saling melengkapi, kerana bertitik tolak daripada ajaran Islam secara keseluruhannya.
o   Pendekatan Hukum dalam penyelesaian masalah merupakan netuk pendekatan Islam yang bersifat rasional dan intelektual. Sebenarnya dengan menyebut hukum, maksudnya di sini ialah hukum-hukum qat’I dan ijtihadi.

o   Pendekatan Sufi dianggap bersifat moral dan spiritual. Malah menurut anggapan setengah pihak, pendekatan hokum dianggap bersifat tegas dan keras, tetapi pendekatan sufi bersifat lembut dan lunak.

No comments:

Post a Comment