Kaedah
Penyelesaian Masalah
Dalam kehidupan, manusia sebagai hamba Allah menghadapi
dalam berbagai bentuk dan rupa yang memerlukan penyelesaian. Ada masalah boleh
diselesaikan dengan menggunakan cara fikiran logik, ada yang memrlukan
penyelesaian secara agama, ada yang memerlukan penyelesaian secara perasaan dan
ada yang memerlukan penyelesaian secara kreatif.
Sifat Penyelesaian Masalah
i.
Motivasi
yang kuat
-
Penyelesai
masalah yang berkebolehan akan mengatasi semua kesukaran dengan tenaga yang ada
pada diri mereka. Mereka bersikap positif dan tidak mudah mengalah dengan semua
kesukaran. Mereka akan cuba mengatasi kesukaran dan cuba untuk mengatasi segala
halangan daan menunjukkan kebolehan untuk menyelesaikan masalah yang dianggap
sukar oleh orang lain
ii.
Trait
yang positif
-
Sifat-sifat
peribadi penyelesai masalah adalah mempunyai emosi yang stabil untuk
membolehkannya menyelesai masalah secara objektif. Tetapi trait yang tidak
kurang penting ialah kebolehan untuk menerima pertolongan daripada orang lain.
iii.
Jati
diri
-
Seorang
yang berkebolehan tetapi sedar tentang kekurangan dan batasan yang akan
dihadapi. Penyelesai masalah mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi dan
dapat menguasai situasi yang mungkin timbul. Mereka berfikiran positif dan
yakin bahawa mereka boleh menyelesaikan masalah.
iv.
Membina
kemahiran
-
Kemahiran
penyelesaian masalah boleh dipelajari melalui kursus-kursus pengurusan masalah
yang pendek atau menghadiri bengkel-bengkel pengurusan masalah. Ada beberapa
model penyelesaian masalah yang dikemukakan; ada model penyelesaian masalah
yang menggunakan 6 langkah (Chang dan
Kelly, 1993) dan ada model penyelesaian masalah yang menggunakan 8 langkah
(Francis, 1990).
Kategori Masalah
i.
Misteri
-
Satu
situasi yang menyeleweng daripada keadaan yang biasa berlaku atau yang
diharapkan. Penyelewengan ini tidak diberi satu penjelasan yang nyata tentang
terjadinya sesuatu peristiwa atau kejadian. Kita tidak dapat menerangkan dengan
menggunakan akal fikiran untuk mencari sebab tentang berlakunya seuatu
peristiwa.
ii.
Tugasan
(Assignment)
-
Kerja
yang ditugaskan untuk dilakukan oleh seseorang dengan jelas memperincikan
kriteria-kriteria yang perlu dimasukkan berserta dengan objektif pencapaian
ialah tugasan.
iii.
Kesukaran
(Difficulties)
-
Ada perkara
yang sukar untuk mencapai kejayaan. Kadang-kadang kita tahu apa yang hendak
dilakukan tetapi pelaksanaannya adalah rumit, mencabar dan kompleks. Kesukaran wujud
kerana 2 sebab iaitu sama ada kita tidak tahu menguruskan situasi atau kita
rasakan sumber-sumber yang ada tidak mencukupi.
iv.
Peluang
(Opportunity)
-
Perkara
yang paling penting tentang peluang ialah ia akan membawa keuntungan. Usaha harus
ditumpukan untuk menerbitkan peluang sebab kebanyakan peluang yang ada adalah
hasil daripada usaha kita yang menerbitkannya. Apabila melihat peluang, kita
hendak ambil kesempatan untuk mengeksploitnya supaya mendatangkan keuntungan.
v.
Tidak
Pasti (Puzzles)
-
Terdapat
beberapa situasi kita tahu bahawa ada jawapan atau jalan penyelesaian kepada
masalah tertentu tetapi kita tidak tahu mana jawapan yang betul. Untuk menyelesaikan
“puzzles” kita perlu mengkaji segala
kekaburan dan keadaan yang kompleks untuk mencari jawapan yang betul.
vi.
Dilema
-
Situasi
yang amat sukar untuk mencari jalan penyelesaian dan menentukan cara yang
terbaik untuk melakukannya. Walaupun mempunyai maklumat yang cukup, namun tidak
dapat dipastikan bahawa keputusan yang dibuat itu betul. Perkara yang penting
dalam dilema ialah terdapat 2 kaedah yang boleh dilaksanakan dan kedua-dua
kaedah tersebut kelihatan betul dan tepat.
MODEL PENYELESAIAN MASALAH SECARA SAINTIFIK DAN LOGIK
1.
Mendefinisikan
masalah
-
Mula-mula
kita akan bertanya apakah dia perkara yang kini lari dari kebiasaan? Apakah
aspek kebiasaan itu kini sudah berubah? Adakah kesan yang timbul itu positif
atau negatif? Adakah dia perlu diubah? Jika kita hendak menyelesaikan masalah
yang ada, apakah hasil yang kita inginkan?
2.
Mengkelaskan
masalah
-
Cara
mengkelaskan masalah ialah berdasarkan tinggi atau rendahnya risiko yang ada
pada tiap-tiap masalah. Selepas mengenal pasti risiko tiap-tiap masalah itu,
kita selesaikan dahulu masalah yang paling tinggi risikonya.
3.
Tentukan
objektif
-
Menentukan
objektif dalam penyelesaian masalah adalah penting sebab ia akan menentukan apa
yang diingini daripada aktiviti-aktiviti yang hendak dilaksanakan. Objektif yang
hendak dicapai biarlah jelas, mudah difahami dan praktikal.
4.
Tentukan
ukuran kejayaan
-
Menentukan
standard atau piawai yang akan menjadi pengukuran tentang kejayaan dalam
penyelesaian masalah. Sekiranya tidak ada ukuran kejayaan bagaimanakah kita
hendak menilai kejayaan di dalam penyelesaian masalah.
5.
Kutipan
data
-
Proses
pengumpulan data atau maklumat yang berkaitan dengan masalah perlu dilakukan. Semua
faktor yang menjadi punca kepada masalah yang sedang diselesaikan perlulah
dikumpul.
6.
Membuat
keputusan
-
Setelah
membina beberapa opsyen berdasarkan kepada maklumat yang dikumpul, langkah
seterusnya ialah membuat keputusan untuk memilih opsyen yang paling tepat untuk
dilaksanakan.
7.
Melaksanakan
keputusan yang diambil
-
Melaksanakan
keputusan adalah mudah sebab semua proses tindakan telah pun dihuraikan di
dalam opsyen yang perlu dilaksanakan. Ada beberapa perkara yang harus diambil
kira semasa melaksanakan keputusan seperti keyakinan, kesungguhan, kemahiran,
ketepatan, penyesuaian, objektiviti dan kebolehan bekerja dalam kumpulan.
8.
Penilaian(Review)
-
Adalah
penting kerana dapat memberi gambaran tentang keberkesanan tindakan
penyelesaian masalah yang telah diambil. Perlu dikenal pasti langkah-langkah
yang manakah dapat dilaksanakan dengan baik atau sebaliknya.
Penyelesaian Masalah Secara Saintifik
-
Menyelesaikan
masalah secara saintifik melibatkan proses empirikal induktif seperti berikut:
o
Mengadakan
hipotesis
§ Hipotesis atau anggapan yang dibuat perlu diuji dan
dibuktikan sama ada betul atau salah.
o
Mengumpul
maklumat
§ Peringkat inilah membezakan kaedah saintifik dengan
kaedah-kaedah tidak saintifik. Bagi kaedah yang tidak saintifik, setiap
hipotesis atau assumption akan dianggap benar sahaja tanpa perlu mengadakan
bukti dan maklumat untuk mengesahkan kebenarannya.
o
Membuat
kesimpulan
§ Setelah mengumpul maklumat yang mencukupi, barulah sampai
kepada membuat kesimpulan atau keputusan. Selagi tidak ada bukti, atau bukti
tidak mencukupi maka tidak boleh menjatuhkan sesuatu kesimpulan.
Penyelesaian Masalah Secara Kreatif / Lateral
-
Beberapa
faktor yang menyebabkan kita tidak dapat mencari penyelesaian kreatif pada
masalah yang kita hadapi. Pertama, kita terlalu mempermudahkan masalah itu. Kedua,
kita tidak mahu melihat lebih jauh disebalik apa yang ada di depan mata kita. Dan
ketiga, kita tidak menyoal semula andaian yang kita gunakan. Untuk melakukan
ketiga-tiga perkara di atas kita perlu mencari cara-cara baru untuk mentafsir
dan mentafsir semula situasi dan masalah yang kita hadapi.
Penyelesaian Masalah Melalui Perasaan
-
Dengan
kelemahan malah kegagalan kaedah menyelesaikan masalah melalui pemikiran
tersebut, maka timbullah kecenderungan baru ke arah kaedah menyelesaikan
masalah melalui emosi atau perasaan pula.
Penyelesaian Secara Islam
-
Pada
hakikatnya penyelesaian masalah secara Islam (al-Halli al-Ilami) mempunyai dua
corak yang popular, iaitu pendekatan hokum dan pendekatan sufi. Walaupun kedua-dua
pendekatan ini kelihatan terpisah dan berdiri sendiri, namun ia sebenarnya
saling melengkapi, kerana bertitik tolak daripada ajaran Islam secara
keseluruhannya.
o
Pendekatan Hukum dalam penyelesaian masalah merupakan netuk pendekatan
Islam yang bersifat rasional dan intelektual. Sebenarnya dengan menyebut hukum,
maksudnya di sini ialah hukum-hukum qat’I dan ijtihadi.
o
Pendekatan Sufi dianggap bersifat moral dan spiritual. Malah menurut
anggapan setengah pihak, pendekatan hokum dianggap bersifat tegas dan keras,
tetapi pendekatan sufi bersifat lembut dan lunak.